Membersih dan Menjaga

Menjaga alat bantu pendengaran anda adalah masa yang dihabiskan dengan baik.

Alat bantu pendengaran diletakkan dalam saluran telinga kita setiap hari, jadi ia sentiasa terdedah kepada kelembapan dan tahi telinga – keadaan yang tidak sesuai untuk mana-mana bahagian elektronik.  Adalah sangat penting untuk menjaga dan membersihkan alat bantu pendengaran anda secara berkala, supaya ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan dapat berfungsi seperti sepatutnya.

 

Melindungi alat bantu pendengaran anda
 

  • Penjagaan alat bantu pendengaran anda secara teliti dan rutin menyumbang kepada prestasi cemerlang dan jangkahayat yang panjang.
  • Buka pintu bateri apabila tidak digunakan.
  • Selalu tanggalkan alat bantu pendengaran anda semasa menggunakan produk penjagaan rambut. Alat bantu pendengaran boleh tersumbat dan berhenti berfungsi dengan baik.
  • Jangan memakai alat bantu pendengaran anda dalam bilik air atau semasa mandi atau merendamnya dalam air.
  • Jika alat bantuan pendengaran anda menjadi basah, jangan cuba untuk mengeringkannya dalam ketuhar atau gelombang mikro. Jangan menyelaraskan sebarang kawalan. 

                o   Bateri tradisional:  Buka pintu bateri dengan segera, keluarkan bateri dan biarkan alat bantu pendengaran anda kering secara semula jadi selama 24 jam.

                o   Bateri rechargeable:  Matikan alat bantu pendengaran dan keringkan secara semula jadi selama 24 jam.

  • Lindungi alat bantu pendengaran anda daripada panas yang berlebihan (pengering rambut, dashboard kenderaan dan lain-lain).
  • Pastikan anda tidak membengkokkan atau menekan wayar semasa meletakkan alat bantu pendengaran anda di dalam bekasnya.
  • Penggunaan dehumidifier secara berkala, seperti Clean Dry kit, boleh membantu mencegah karat dan memanjangkan jangkahayat alat bantu pendengaran anda. Keluarkan bateri sebelum menggunakan dehumidifier.
  • Jangan jatuhkan alat bantu pendengaran anda atau mengetuknya pada permukaan yang keras.
     

Pembersihan alat bantu pendengaran anda
 

Pembersihan alat bantu pendengaran secara umum adalah sama untuk semua alat, namun pembersihan alat bantu pendengaran yang lebih mendalam berbeza bergantung pada jenis alat bantu pendengaran yang anda miliki.  Semak panduan pengguna anda untuk mengetahui jenis alat bantu pendengaran yang anda miliki dan langkah-langkah pembersihan yang disyorkan. 

Gunakan kain lembut untuk membersihkan alat bantu pendengaran anda setiap malam. Pembersihan port mikrofon secara berkala dengan cleaning brush yang dibekalkan akan memastikan alat bantu pendengaran anda akan mengekalkan kualiti bunyinya. Profesional penjagaan pendengaran anda boleh menunjukkan caranya kepada anda.

Bateri tradisional:  Letakkan alat bantu pendengaran dalam bekas dan biarkan pintu bateri terbuka untuk membolehkan kelembapan tersejat.

Bateri rechargeable:  Letakkan alat bantu pendengaran dalam charger semalaman.

  • Tahi telinga adalah semula jadi dan biasa. Pastikan alat bantu pendengaran anda bebas daripada tahi telinga adalah langkah penting dalam pembersihan dan penyelenggaraan rutin harian anda.
  • Jangan sekali-kali menggunakan alkohol untuk membersihkan alat bantu pendengaran, acuan telinga atau domes anda.
  • Jangan gunakan alat tajam untuk mengeluarkan tahi telinga. Meletakkan barang rumah ke dalam alat bantu pendengaran atau acuan khas boleh benar-benar merosakkannya.

 

Untuk alat bantu pendengaran Receiver-In-the-Canal (RIC): 

Membersihkan custom molds dan domes

Bersihkan domes dan custom mold setiap hari dengan kain lembap.

Elakkan air daripada masuk ke dalam dan di sekitar unit pembesar suara dan custom mold.

Wayar, receivers, damos atau custom mold tidak boleh dibilas atau direndam dalam air kerana titisan air boleh menyekat bunyi atau merosakkan komponen elektrik alat bantu pendengaran.

Domes mesti diganti setiap 3-6 bulan atau apabila ia menjadi keras, rapuh atau berubah warna.

Jika acuan anda memerlukan pembersihan lanjut, receiver wax guard mungkin tersumbat dan perlu diganti. Berjumpalah dengan profesional penjagaan pendengaran anda.


Untuk alat bantu pendengaran Behind-The-Ear (BTE):  

Membersihkan acuan telinga dan earpieces anda

Tiub anda perlu diganti oleh profesional penjagaan pendengaran anda setiap tiga hingga enam bulan atau apabila ia menjadi keras, rapuh atau berubah warna.

Bersihkan acuan telinga dan bahagian luar earhook dengan kain lembap pada setaip malam. Elakkan air daripada masuk ke dalam dan sekitar alat bantu pendengaran.

Jika acuan telinga tersumbat, bersihkan bukaan dengan wax loop atau pipe cleaner.

Jika doktor anda menghendaski anda menggunakan ubat titis telinga, bersihkan sebarang kelembapan yang mungkin masuk ke dalam acuan telinga atau tiub untuk mengelakkannya daripada tersumbat.

Jika acuan telinga memerlukan pembersihan lanjut:

  1. Tanggalkan tiub plastik dari earhook  alat bantu pendengaran, dengan memegang alat bantu pendengaran di sebelah tangan dan menarik tiub dengan perlahan dari earhook.
  2. Hanya cuci acuan telinga dan tiub dalam air suam dengan sabun lembut.
  3. Bilas dengan air sejuk dan keringkan semalaman.
  4. Pastikan tiub acuan telinga kering sepenuhnya. Pasangkannya semula pada earhook alat bantu pendengaran anda dengan menggelongsorkan tiub kembali pada earhook. Penggunaan hearing   aid  bblower boleh membantu mengeluarkan kelembapan/kotoran dari tiub. Berjumpa dengan profesional penjagaan pendengaran anda untuk maklumat lanjut.

Membersihkan slim tube dan domes anda.

Anda perlu menggantikan slim tubes dan domes setiap tiga hingga enam bulan atau apabila ia menjadi keras, rapuh atau berubah warna.

Bersihkan bahagian luar domes setiap malam dengan kain lembap. Elakkan air daripada masuk ke dalam dan sekitar alat bantu pendengaran.

Anda juga perlu membersihkan slim tubes secara berkala, dengan cleaning pin yang disediakan, apabila anda mula mendapati kotoran di dalam dan sekitar tiub.

  1. Pegang slim tubes di sebelah tangan dan alat bantu pendengaran di tangan yang satu lagi.
  2. Putar alat bantu pendengaran dengan perlahan sehingga ia tanggal dari slim tubes.
  3. Gunakan kain lembap untuk membersihkan bahagian luar slim tubes dan domes.
  4. Tanggalkan domes dari slim tubes dengan menarik perlahan-lahan, sebelum membersihkan slim tubes.
  5. Dengan menggunakan cleaning pin hitam yang disediakan dalam kit, masukkan cleaning pin dengan perlahan di mana slim tubes bersambung pada alat bantu pendengaran dan tolak pin sepanjang tiub. 

Nota-: Slim tubes dan domes tidak boleh dibilas atau direndam dalam air kerana titisan air boleh tersumbat dalam tiub, menyekat bunyi atau merosakkan komponen elektrik alat bantu pendengaran.

6. Setelah tiub nipis dibersihkan, sambung semula dengan cara memutarkan alat bantu pendengaran dengan perlahan kepada slim tubes.

7. Pasangkan semula domes pada slim tubes dengan menolaknya secara perlahan ke bebenang pada hujung tiub. Anda akan berasa domes mengklik pada rabung slim tubes, dan anda tidak akan dapat untuk menolaknya lagi.


Untuk alat bantu pendengaran In-The-Ear (ITE):  

Membersihkan alat bantu pendengaran anda

Gunakan kain lembut untuk membersihkan alat bantu pendengaran anda setiap malam. Pembersihan port mikrofon secara berkala dengan cleaning brush yang dibekalkan akan memastikan alat bantu pendengaran anda akan mengekalkan kualiti bunyinya. Profesional penjagaan pendengaran anda boleh menunjukkan ini untuk anda.

Letakkan alat bantu pendengaran dalam bekas semalaman dengan pintu bateri terbuka untuk membolehkan kelembapan tersejat.

  • Tahi telinga adalah semula jadi dan biasa. Memastikan alat bantu pendengaran anda bebas daripada tahi telinga adalah langkah penting dalam pembersihan dan penyelenggaraan rutin harian anda.
  • Dengan menggunakan berus yang disediakan dengan alat bantu pendengaran anda, bersihkan tahi telinga dari alat bantu pendengaran anda setiap hari.
  • Jangan sekali-kali menggunakan alkohol untuk membersihkan alat bantu pendengaran anda.
  • Jangan gunakan alat tajam untuk mengeluarkan tahi telinga. Melekatkan barang rumah ke dalam alat bantu pendengaran boleh benar-benar merosakkannya.
  • Berbincang dengan pakar penjagaan kesihatan pendengaran anda tentang temu janji berkala anda untuk membersihkan tahi telinga dari alat bantu pendengaran anda.

Pembersihan dan Penjagaan

Penjagaan alat bantu pendengaran anda adalah penting, kerana alat bantu pendengaran terdiri daripada banyak komponen kecil elektronik yang sangat canggih. Untuk melindungi fungsi alat bantu pendengaran anda dan untuk mengelakkan kerosakan, adalah penting untuk mengetahui cara membersihkan dan menjaga alat bantu pendengaran anda dengan betul.




Untuk butiran lanjut, lihat Panduan Siri Penjagaan & Pembersihan HADEO.


A_[HV8] Filename_å
HN_Flyer_Hadeo_Dry_box_98x210_EN_v1_028-6636-02.pdf
Size
1 MB
Format
application/pdf
Muat turun

A_[HV8] Filename_å
HN_Brochure_HADEO_Product_210x297_EN_V1.00_041-6088-02_screen.pdf
Size
1 MB
Format
application/pdf
Muat turun

A_[HV8] Filename_å
098-5259-02a_HADEO_Care_Guide_105x185mm_EN.pdf
Size
6 MB
Format
application/pdf
Muat turun

A_[HV8] Filename_å
210458_WAK_Manual_Hadeo_Drybox_EU_PLUG_c.pdf
Size
5 MB
Format
application/pdf
Muat turun

A_[HV8] Filename_å
210458_WAK_Manual_Hadeo_Drybox_USB_c.pdf
Size
5 MB
Format
application/pdf
Muat turun

Ujian Pendengaran Atas Talian

Uji pendengaran anda dari rumah dengan ujian pendengaran atas talian baharu kami.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Pendengaran

Telinga kita adalah organ deria yang kompleks. Pendengaran yang baik membantu otak anda terus cerdas.

Alat Bantu Pendengaran

Lihat alat bantu pendengaran terbaru kami untuk melihat pilihan yang tepat untuk anda.