Bunyi berdesing, berdengung, bersiul atau mendesis dalam kepala anda? Hampir semua orang pernah mendengar pelbagai bunyi di dalam ruang telinga/kepala Ia bermula secara tiba-tiba, kemudian berterusan atau berulang pada tempoh tertentu, dan amat tidak menyenangkan. Acapkali ia hilang juga secara tiba-tiba. Namun, apabila ia kekal, ia disebut sebagai tinitus.
Punca Tinitus
Punca tinitus yang biasa termasuk kecederaan kepala dan leher, terdedah kepada bunyi kuat yang berpanjangan, dan jangkitan telinga. Terdapat kira-kira 400 keadaan yang boleh mencetuskan bunyi bising yang menjengkelkan secara berterusan ini dalam telinga anda.
Ramai orang mengalami stress berterusan dan tekanan mental akibat daripada tinitus. Ini kerana penghidap akan merasa risau dari manakah punca bunyi desingan yang mereka dengari. Mengapakah ia berlaku? Betapa kuatnya? Adakah ia perkataan yang diucapkan? Dan, jika ya, apakah maknanya?
Otak kita, secara separa sedar, mampu menyaring setiap isyarat bunyi yang didengari dan mengklasifikasikannya sebagai tidak bermakna. Inilah sebabnya mengapa, seorang ibu mampu terjaga apabila mendengar anak mereka menangis pada waktu malam, tetapi bunyi ketukan pintu tidak membangunkan mereka.
Otak kita
Solusi Tinitus
HANSATON menawarkan alat bantu pendengaran yang menggabungkan teknologi alat bantu pendengaran dan terapi tinitus. Dengan memakai alat bantu pendengaran, anda akan mendengar lebih baik dan ini, akan mengurangkan fokus minda anda terhadap tinitus. Semasa bersendirian, anda boleh menggunakan noise generator, bagi membantu anda menyesuaikan diri dengan bunyi tinitus.
Anda boleh memilih untuk memakai model alat-dalam-telinga atau model alat bantu pendengaran BTE untuk membantu anda menjalani terapi tinitus. Terdapat pelbagai pilihan rekabentuk dan warna yang elegan. Profesional penjagaan kesihatan pendengaran anda akan menasihati anda membuat pilihan terbaik. Tidak kira gaya mana yang anda pilih, anda kini boleh lebih tenang dalam menjalani kehidupan seharian.
Ujian Pendengaran AtasTalian
Uji pendengaran anda dari rumah dengan ujian pendengaran atas talian baharu kami.
Ketahui Lebih Lanjut Tentang Pendengaran
Telinga kita adalah organ deria yang kompleks. Pendengaran yang baik membantu otak anda terus cerdas.
Alat Bantu Pendengaran
Lihat alat bantu pendengaran terbaru kami untuk membuat pilihan yang tepat untuk anda.